:)

~ Lets Join Me ~

Wednesday, April 21, 2010

... TiKa KeSunYiaN iTu HadiR ...

 
Kesunyian sering kali membuatkan kita menjadi tidak keruan.Adakalanya kesunyian boleh membinasakan.Apabila kesunyian dan termenung,pasti ada suara yang membisik.
Sunyinya hati kita, sering menjemput seribu satu perasaan di hati.
Cabaran utama tika tiada manusia disekeliling, adalah perasaan di hati.
Tiada dapat mengisi hati melainkan dengan ayat-ayat yang membawa kita kembali kepada Pencipta, itulah yang akan menaikkan semula rasa di jiwa.
Apabila hati dan jiwa diisi selain dariNYA, semua itu pasti membinasa.
Tika segala kelakuan dirasa tidak menjadi, ambillah wudu’, basahkan anggota dirimu dengan wudu’, mudah-mudahan perasaan itu turut mengalir dengan mengalirnya air, mengambil hamparan sejadah lalu dirikanlah solat, panjangkanlah berdiri dan sujud.Semoga ianya membantu kamu.
Saranan Nabi agar dipanjangkan sujud kerana ketika itu, jarak seorang hamba dengan Penciptanya sangat rapat, luahkanlah segala yang terbuku dihati, agar segalanya dipermudahkan.
Insya-Allah, selesai solat, akan terasa ketenangan yang di hati yang sebelumnya resah.
Mudah-mudahan ini mampu memberikan permulaan penyelesaian tika dirimu buntu mencari siapa yang boleh mendengar isi hatimu.
Jika perasaan itu sering hadir,ulanglah ia, ulang dan ulang, agar perasaan itu dikembalikan pada yang selayaknya.
Allah, tempat tumpu cinta. 




0 org bagi respon:

Post a Comment