:)

~ Lets Join Me ~

Monday, December 31, 2012

Jiwa Ekonomi

Bertapa jiwa dan minatku terhadap Ekonomi begitu mendalam..!



Sedang asalnya aku bukanlah pelajar SPM aliran Perakaunan & Ekonomi,
Aku adalah pelajar Sains Tulen yang suatu masa dahulu
pernah berangan untuk menjadi...

Seorang Doktor bila belajar Biologi,

Seorang Engineer bila belajar Fizik,

Seorang Chemist bila belajar Kimia,

Dan...

Macam-macam lagi angan-anganku saat itu...!

Sudahnya ...

Subjek-subjek itu jugalah yang telah
memburukkan result SPM ku.

Sumpah ! selepas itu,
Aku benci sains ...

<
<
<

Siapa sangka, rezeki memang ada di mana-mana...

Berkat aku menukar bidang pengajianku di saat-saat akhir
betul-betul membuahkan kejayaan.

Aku akhirnya merupakan salah seorang pelajar STPM dalam bidang Ekonomi pada tahun 2008.
Begitu janggalnya rasa dikelilingi rakan-rakan yang rata-rata mempunyai ilmu dan pengatahuan dalam subjek Ekonomi Asas.
Sedang aku, 
Itulah kali pertama aku mendengar perkataan-perkataan ekonomi..

Isi Rumah,
Firma,
Pasaran Bebas,
Pendapatan boleh guna,
Permintaan,
Penawaran,

bla..bla..bla..



Sorry kalau aku terlalu bangga untuk mengatakan bahawa..
Akhirnya aku merupakan 
Pelajar Terbaik Ekonomi !

Siapa sangka.. bekas budak sains boleh dapat result ekonomi terbaik.

Bukanlah aku nak katakan yang aku ni pandai sangat.
Cuma moralnya adalah Minat.

Kau tahu ?
Bertapa senangnya kejayaan tu nak datang kalau kita ada minat !

Mungkin dulu aku gagal dalam subjek sains bukanlah disebabkan subjek tu sendiri yang susah,
Tapi, mungkin juga disebabkan aku sendiri yang tak ada minat untuk mendalami ilmu sains.

Mungkin jiwaku lebih minat bermain dengan angka, graf..
yang mana akhirnya..

Aku jadi suka melakar Keluk-keluk Ekonomi.
Seronok !
Kalau ada minat !



Melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, dalam bidang...
Bachelor of Economics.

Membuatkan aku terasa rezekiku memang dalam bidang ekonomi.
Kalaulah suatu masa dahulu, aku teruskan belajar dalam bidang sains..
Mampukah aku ke menara gading setinggi ini !


Antara percaya atau tidak...

Masih aku ingat,
matlamat dasar makro ialah pertumbuhan tanpa inlasi, pengangguran, serta pencapaian imbangan bayaran positif.

Benda pertama aku belajar dalam Ekonomi Makro STPM.

Walaupun aku dah pun tamat pengajian sekarang ni...

Jiwa Ekonomi ku masih Segar.
Sampai sanggup beli buku-buku ni,

<
<
<



Untuk membantu adik-adikku...
yang masih berada di bangku sekolah,
yang bakal menduduki SPM,
yang mengambil subjek Ekonomi.

Kerna Jiwa ini,
begitu sanggup aku menjadi seorang tutor 
untuk subjek Ekonomi...

Walaupun Guru bukanlah cita-cita sebenarku,
Namun, disebabkan minat...
Apa pun boleh berubah... :)


***********************************

Jadi... (iklan sekejap)

Buat adik-adik di luar sana,
yang berminat mendalami subjek Ekonomi SPM
(tingkatan 4 & 5)
Dan,
Berminat juga untuk Skor 'A' Ekonomi !

Bolehlah menghubungi saya 
sebagai Guru Tuisyen anda !
a.k.a Tutor :)


Sekian. 

Sunday, December 30, 2012

Welcome Back ! :)



Setelah sekian lama meninggalkan dunia Blog, akhirnya kini aku kembali di alam maya ini.

Kadangkala, kita memang tidak dapat menjangkakan apa pun jua yang bakal berlaku dalam roda kehidupan kita. Jadi seharusnya, sebagai seorang hamba di muka buku bumi ini pasti ada sesuatu yang kita perlu ambil pengajarannya untuk mematangkan setiap tingkah laku dan pemikiran kita dalam apa jua yang berlaku di setiap liku-liku kehidupan.

Begitulah hendaknya.....

Siapa sangka, dari sebuah jiwa yang suka menulis, mengarang, menaip, bermain dengan hayunan pena dan jari-jemari.. akhirnya setahun sudah aku meninggalkan dunia blog ini, hanya kerana tersilap langkah dalam menghayun penaku.

Mungkin juga aku lebih suka bercerita menggunakan jari-jemariku sebagai medium meluahkan perasaan dalam diari hidup di alam maya ini tanpa mengambil kira akan ada pihak lain yang bakal terasa dek perbuatanku itu.
Ya,
itu satu kisah teladan dan pengajaranku suatu masa dulu yang akhirnya memaksa aku untuk tidak lagi bermain dengan jari-jemari sehingga setahun lamanya.




Apa yang membuat hatiku tiba-tiba terbuka untuk kembali menulis..?
ia adalah kerana, aku begitu rindu untuk kembali berada di alam maya, berblogging, blogwalking, dan sebagainya.
Kadangkala, ada juga ilham datang untuk melakar sebuah cerita, mengarang bait-bait puisi indah, megikut lirik dan melodiku. Tapi, pada saat dan ketika itu masih belum ada rasa lagi untuk kembali menulis.

Okey...

<
<
<

Sepanjang setahun aku meninggalkan blog ini, banyak perubahan yang dah pun berlaku.
kalau imbas kembali entry terakhir,

*aku masih lagi merupakan seorang mahasiswi UM
*masih belum menjalani latihan praktikal
*masih belum memiliki lesen kenderaan
*masih belum bergraduasi
*masih, masih, dan masih..........


Tapi, kini...
aku dah pun menamatkan pengajianku di UM. :)

*aku dah pun menjalani latihan praktikal di salah sebuah private search company.



*dan aku juga sudah pun memiliki lesen kereta :) :) :)





*dan yang paling penting aku dah Grad !!



dan sekarang...

aku telahpun memulakan kerjaya pertamaku sebagai seorang banker
di RHB bank.


<
<
<

Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dunia dan akhirat. Aminn.

Sebagai penutup bicara ini, jadikan..

*Apa yang pernah kita alami sebelum ini sebagai satu pengalaman yang akan mematangkan diri.
*Setiap cabaran dan dugaan sebagai batu loncatan agar kita lebih berjaya.

dan,

*Positifkan diri dalam apa jua keadaan yang berlaku.

Semoga kita semua tetap berada di bawah rahmat dan perlindungan NYA yang Maha Esa.

Wassalam.



***p/s: maaf kiranya ada yang mencari-cari Entry terdahulu. Demi kebaikan bersama, kebanyakan entry telahpun di remove.