:)

~ Lets Join Me ~

Tuesday, December 7, 2010

~Salam Maal Hijrah 1432 ~


sedar tak sedar dah masuk tahun baru hijrah.. terasa sekejap sangat masa berlalu.. kalau boleh diputarkan semula waktu2 yg dah berlalu tu, ingin saja kuputarkan semula.. ah! sungguh pantas masa berlalu.. terlalu banyak harapan yg masih lagi belum kucapai..sedang esok waktu telahpun berhijrah ketahun yg seterusnya..1432H!

apa2 pun marilah kita berdoa semoga tahun yg mendatang ini dapat kita harungi dengan lebih baik lagi berbanding tahun2 yg lepas.. :)

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH : 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. [lebih kurang 20 minit sebelum waktu Maghrib] 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" 




DOA AWAL TAHUN HIJRAH :


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




* Ya Allah Ya Tuhanku...aku bersyukur dengan segala kurniaan-Mu ini.. semoga segala kurniaan-Mu ini berpanjangan di bawah limpah kasih sayang dan keredhaan Mu.. aku berdoa kepada Mu Ya Allah.. agar pada tahun ini Kau berikan lah aku kehidupan yg sejahtera.. kejayaan yg berterusan.. dan semoga Kau mengeratkan lagi silaturrahim ku dengan insan2 yg amat ku sayangi.. Aminn......

* kepada kawan2..marilah kita berhijrah.. berhijrah dari yg buruk kepada yg baik.. dan dari yg baik kepada yg lebih baik.. kerana sesungguhnya penghijrahan itu juga merupakan satu usaha untuk kita terus mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

* buat insan yg amat aku sayangi..ku harap kau kan terus menyayangi diriku sepertimana aku tidak pernah jemu untuk terus menyayangi dirimu.. anggaplah dugaan yg pernah kita lalui itu sebagai satu pengalaman kita bersama.. dan anggaplah suka duka kita bersama, bergaduh..sebagai satu kenangan pada tahun lalu.. ku berharap agar hubungan kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah..dan kekal selama-lamanya hingga ke akhir hayat.. Aminn...

* buat keluargaku yg tersayang..akan ku dapatkan kejayaanku untuk kamu semua.. terima kasih atas sokongan yg diberikan selama ini.. aku turut mendoakan agar kedatangan tahun baru ini akan lebih merapatkan hubungan kita antara satu sama lain dan lebih diberkati Allah hendaknya.. Aminn...

0 org bagi respon:

Post a Comment