:)

~ Lets Join Me ~

Tuesday, January 1, 2013

It's Time !


Dah pun tahun 2013 !

Sebelum kita nak buat wish list
semoga bla..bla..bla..bla..

Cuba kita imbas balik tahun 2012.
Apa yang kita dah berjaya buat ?
Tercapaikah semua azam dan hasrat ?


Okey...bukan ni yang aku nak cerita !

******************************************

<
<
<

Sekadar sedikit perkongsian.
di penghujung tahun 2012.

dimana aku memulakan kerjaya pertamaku
Di sini >>> RHB Bank KLCC

Bukan ni jugak yang aku nak cerita !

******************************************

<
<
<

Tentang hasrat !
Tercapai jua hasratku di penghujung tahun 2012
untuk
Belanja orang makan bila dah dapat kerja pertama.

Gaji pertama dah belanja mamat ni



Ikutkan, nak belanja ibu..tapi,
apa boleh buat..
duduk berjauhan
di perantauan ini..
:(

Since kerja, tak tahu kenapa suka sangat makan 
Kenny Rogers !



So,

On 28 December 2012,
pun Kenny Rogers juga
Makan-makan with my bro
On his Birthday !
Using my 2nd month salary.


Rasa puas bila hasrat tercapai.  :)



Berselera tak ? 

*******************************************

## Sedikit Quote untuk aku kongsikan bersama.

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan. "

:)












<
<
<

Nak interframe kejap.

**Muffin ni sangat sedap.


Okey. !

Monday, December 31, 2012

Jiwa Ekonomi

Bertapa jiwa dan minatku terhadap Ekonomi begitu mendalam..!



Sedang asalnya aku bukanlah pelajar SPM aliran Perakaunan & Ekonomi,
Aku adalah pelajar Sains Tulen yang suatu masa dahulu
pernah berangan untuk menjadi...

Seorang Doktor bila belajar Biologi,

Seorang Engineer bila belajar Fizik,

Seorang Chemist bila belajar Kimia,

Dan...

Macam-macam lagi angan-anganku saat itu...!

Sudahnya ...

Subjek-subjek itu jugalah yang telah
memburukkan result SPM ku.

Sumpah ! selepas itu,
Aku benci sains ...

<
<
<

Siapa sangka, rezeki memang ada di mana-mana...

Berkat aku menukar bidang pengajianku di saat-saat akhir
betul-betul membuahkan kejayaan.

Aku akhirnya merupakan salah seorang pelajar STPM dalam bidang Ekonomi pada tahun 2008.
Begitu janggalnya rasa dikelilingi rakan-rakan yang rata-rata mempunyai ilmu dan pengatahuan dalam subjek Ekonomi Asas.
Sedang aku, 
Itulah kali pertama aku mendengar perkataan-perkataan ekonomi..

Isi Rumah,
Firma,
Pasaran Bebas,
Pendapatan boleh guna,
Permintaan,
Penawaran,

bla..bla..bla..



Sorry kalau aku terlalu bangga untuk mengatakan bahawa..
Akhirnya aku merupakan 
Pelajar Terbaik Ekonomi !

Siapa sangka.. bekas budak sains boleh dapat result ekonomi terbaik.

Bukanlah aku nak katakan yang aku ni pandai sangat.
Cuma moralnya adalah Minat.

Kau tahu ?
Bertapa senangnya kejayaan tu nak datang kalau kita ada minat !

Mungkin dulu aku gagal dalam subjek sains bukanlah disebabkan subjek tu sendiri yang susah,
Tapi, mungkin juga disebabkan aku sendiri yang tak ada minat untuk mendalami ilmu sains.

Mungkin jiwaku lebih minat bermain dengan angka, graf..
yang mana akhirnya..

Aku jadi suka melakar Keluk-keluk Ekonomi.
Seronok !
Kalau ada minat !



Melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, dalam bidang...
Bachelor of Economics.

Membuatkan aku terasa rezekiku memang dalam bidang ekonomi.
Kalaulah suatu masa dahulu, aku teruskan belajar dalam bidang sains..
Mampukah aku ke menara gading setinggi ini !


Antara percaya atau tidak...

Masih aku ingat,
matlamat dasar makro ialah pertumbuhan tanpa inlasi, pengangguran, serta pencapaian imbangan bayaran positif.

Benda pertama aku belajar dalam Ekonomi Makro STPM.

Walaupun aku dah pun tamat pengajian sekarang ni...

Jiwa Ekonomi ku masih Segar.
Sampai sanggup beli buku-buku ni,

<
<
<



Untuk membantu adik-adikku...
yang masih berada di bangku sekolah,
yang bakal menduduki SPM,
yang mengambil subjek Ekonomi.

Kerna Jiwa ini,
begitu sanggup aku menjadi seorang tutor 
untuk subjek Ekonomi...

Walaupun Guru bukanlah cita-cita sebenarku,
Namun, disebabkan minat...
Apa pun boleh berubah... :)


***********************************

Jadi... (iklan sekejap)

Buat adik-adik di luar sana,
yang berminat mendalami subjek Ekonomi SPM
(tingkatan 4 & 5)
Dan,
Berminat juga untuk Skor 'A' Ekonomi !

Bolehlah menghubungi saya 
sebagai Guru Tuisyen anda !
a.k.a Tutor :)


Sekian. 

Sunday, December 30, 2012

Welcome Back ! :)



Setelah sekian lama meninggalkan dunia Blog, akhirnya kini aku kembali di alam maya ini.

Kadangkala, kita memang tidak dapat menjangkakan apa pun jua yang bakal berlaku dalam roda kehidupan kita. Jadi seharusnya, sebagai seorang hamba di muka buku bumi ini pasti ada sesuatu yang kita perlu ambil pengajarannya untuk mematangkan setiap tingkah laku dan pemikiran kita dalam apa jua yang berlaku di setiap liku-liku kehidupan.

Begitulah hendaknya.....

Siapa sangka, dari sebuah jiwa yang suka menulis, mengarang, menaip, bermain dengan hayunan pena dan jari-jemari.. akhirnya setahun sudah aku meninggalkan dunia blog ini, hanya kerana tersilap langkah dalam menghayun penaku.

Mungkin juga aku lebih suka bercerita menggunakan jari-jemariku sebagai medium meluahkan perasaan dalam diari hidup di alam maya ini tanpa mengambil kira akan ada pihak lain yang bakal terasa dek perbuatanku itu.
Ya,
itu satu kisah teladan dan pengajaranku suatu masa dulu yang akhirnya memaksa aku untuk tidak lagi bermain dengan jari-jemari sehingga setahun lamanya.




Apa yang membuat hatiku tiba-tiba terbuka untuk kembali menulis..?
ia adalah kerana, aku begitu rindu untuk kembali berada di alam maya, berblogging, blogwalking, dan sebagainya.
Kadangkala, ada juga ilham datang untuk melakar sebuah cerita, mengarang bait-bait puisi indah, megikut lirik dan melodiku. Tapi, pada saat dan ketika itu masih belum ada rasa lagi untuk kembali menulis.

Okey...

<
<
<

Sepanjang setahun aku meninggalkan blog ini, banyak perubahan yang dah pun berlaku.
kalau imbas kembali entry terakhir,

*aku masih lagi merupakan seorang mahasiswi UM
*masih belum menjalani latihan praktikal
*masih belum memiliki lesen kenderaan
*masih belum bergraduasi
*masih, masih, dan masih..........


Tapi, kini...
aku dah pun menamatkan pengajianku di UM. :)

*aku dah pun menjalani latihan praktikal di salah sebuah private search company.



*dan aku juga sudah pun memiliki lesen kereta :) :) :)





*dan yang paling penting aku dah Grad !!



dan sekarang...

aku telahpun memulakan kerjaya pertamaku sebagai seorang banker
di RHB bank.


<
<
<

Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dunia dan akhirat. Aminn.

Sebagai penutup bicara ini, jadikan..

*Apa yang pernah kita alami sebelum ini sebagai satu pengalaman yang akan mematangkan diri.
*Setiap cabaran dan dugaan sebagai batu loncatan agar kita lebih berjaya.

dan,

*Positifkan diri dalam apa jua keadaan yang berlaku.

Semoga kita semua tetap berada di bawah rahmat dan perlindungan NYA yang Maha Esa.

Wassalam.



***p/s: maaf kiranya ada yang mencari-cari Entry terdahulu. Demi kebaikan bersama, kebanyakan entry telahpun di remove.

Friday, May 13, 2011

:: Tuan Rumah Bercuti ::

Disebabkan oleh...


ya..cuti semester bermula.
jadi...

ingin sy umumkan disini bahawa...
tarikh hari raya puasa
tarikh utk sy bercuti sudah bermula..
so..ape lg,, balik lah kampung!

bersesuaian dgn tajuk entri ini,,
Tuan Rumah Bercuti
ertinya...
sy bercuti lah utk 'hidup' dlm alam maya ini..
erk,,? dah tak berblogging ke..?
0h no..!
blogging itu tetap menjadi hobi sampai mati bile2,,
cuma..mungkin kekerapannya akan semakin berkurangan
dan dlm tempoh bercuti ini, kebarangkalian utk m'update belog ini adalah tidak.
hehe..
almaklumlah, bile dah bercuti,,
maknenye sudah berada di kampung halaman terchenta..



<
<
<

lets story sikit...
so.. ape planning nk buat mase cuti ni yea..?

actually, planning yg memula nk dilakukan mase cuti ni,,
nak buat Industrial Training a.k.a praktikal.



tapi,, disebabkan..
beberape masalah yg tak dpt nak dielakkan,,
terpakse cancel. so, tak jadi la buat..
n buat kwn2 lain yg akn mnjalani latihan industri ni,,



then planning yg kedua,,, nk buat lesen..


wohaaa,,,penting nih!
dah umo bape kn lesen pon xdak..
tapi,,nk buat dlm bulan yg keberape tuh x pasti lg..
sebaaabb...

ade lagi satu planning utk dibuat..iaitu,,
kerja..!
haruslah kerja!! carik duit kasi isi itu poket woo..
tapi,,kerja ape yg nk dicari tuh pun tak decide lagi..


buat mase skrg..
ade satu peluang keje yg dah ade depan mata..
kerje berbentuk latihan keusahawanan.
quite interesting..!
so,, if takde ape2 aral yg melintang..
sedia berkhidmat utk kerja itu..

tu jelah planning2 yg dah dipikirkan..



eh eh ade lagii,,

planning sampingan pun ade..

* topup tido (utk tido yg kurg mase buat assgnment dulu)
* topup makan (utk time duit tgh kering dulu,,x cukup mkn)
* belaja masak (ke arah persiapan nak kawin..muahaha)
* cat umah (utk amik mood nak raya nti)
* bersihkan halaman umah (utk tambah kerajinan)
* kuruskan badan (erk..cmane ni,,berat bdn da naik 2kilo!)
* sambung hobi tgk cite indon (kt sini x pnah tgk tv)
* dan lain-lain lagi.......................

<
<
<

okeyhlah...cukup sampai disini..
esok mahu balik kampung..
semoga ketemu lagi ya..

"andai ada sumur di ladang,, boleh sy menumpang mandi..
andai ada umur yg panjang,, boleh kite berjumpa lagi.."



:)

Tuesday, May 10, 2011

terlepas seksaan !

hollaa readers !!
lame sudah diri ini menyepi
di saat ini barulah mulut ini berkesempatan utk berceloteh
dan jari jemari ini dapat kembali menaip naip
merepek merapu meraban

ini adalah karena 
diri ini menanggung seksaan selama 3 minggu
eh bukan..2 minggu setengah je
lebih kurang 3 minggu jgk la
tp xla lebih kurang sgt  ;-p



erk..?? exam..??
ya..inilah seksaan yg dimaksudkan
ekekeke  ;-p

menjadi seksaan bagiku
karena terpaksa berpuasa menahan diri
daripada berblogging berfacebooking bertwittering
tp super ring tetap aku mkn pd waktu itu. muahaha..
brg siapa yg tidak mengenali apekah itu super ring
boleh la melihat wajah makanan itu di sini  :)

lets story !!
apekah yg aku lakukan sepanjang tempoh seksaan itu ?

 1) bace buku. wajib! (mak suruh)



 2) buat nota ringkas. pun wajib! (supaya nmpak rajin)


3) hafal nota. tak wajib sgt. (supaya sng jwb pekse ;-p)



4) makan. wajib jgk! (perut kenyang hati riang)



5) tidur. sgt wajib! (utk merehatkan otak)



waaahhhh..! cam gud gud je kan.
xdela skema mane pun nk khatam sume buku nota
tp haruslah juga menyeksakan diri ini
dgn sebegitu rupa
walaupun hakikatnye tersangat lah mls kan.
sbb itu lah tempoh itu dinamakan tempoh seksaan.
muahahaha.

n now sy sudah bebas dari tempoh itu
artinya sy sudah merdeka dari exam
:)



dah habis exam pun masih ade lagi soalan peperiksaan yg diajukan kpd sy.
soalannya berbunyi begini :



perlu tak jawab soalan ni?
mahu saje dijawab tp seperti tiada jawapan.
ekekeke ;-p

perasaan pertama : Gumbira
perasaan kedua : Sedih
so,  gumbira + sedih = neutral
maksudnya mcm takde perasaan lah
yelah kan, ade paper yg ok ade jgk yg tak ok.

tp ape2 pun, usaha sehabis baik itu sudah dilakukan
skrg hanya doa dan tawakal sahaja
kpd Yg Maha Esa.

kalau ade org tanya, ape pula perasaan sy ketika membebel skrg ni yek?
waaa tak sabar nak abis belaja wooo...
suda penat belaja dari tadika sampai la skrg
bukan mengeluh, tp mmg terasa penat
(mengeluh la jgk kn. hee..)

ok lah, harap kgkwn sume doakan sy berjaya ye
tak cemerlang pun xpe
yg penting berjaya jgk
heheee

bubye~


Sunday, April 17, 2011

TAFAKUR

ya Allah.. ya Allah..
ya Allah.. ya Allah..
ya Allah.. ya Allah..
ya Allah.. ya Allah..

di keheningan malam..

tafakur di kesyahduan..

merindui janji Mu Tuhan..

bantuan di perjuangan..


ku titiskan air mata..

taubat segala dosa..

moga terangkat penghijab kalbu..

antara Kau dan aku..


ya Allah ya Tuhanku..

ku sujud pada kudrat Mu..

ku serahkan jiwa ragaku..

pada takdir iradat Mu..


pimpinlah daku dalam redha Mu..

kasihi daku dalam rahmat Mu..

hanya pada Mu aku mengadu..

ya Allah ya Tuhanku..